Pages

Wednesday, April 1, 2009

DUNIA OH DUNIA

Dalam dunia ini bermacam-macam bentuk budaya perolahan manusianya. Ada yang kala bercakap macam ahli falsafah laksana mengalahkan Hamka atau Tagore atau Socrates, tetapi ilmunya dapat kita baca melalui ceritanya kerana nyata tak kuat membaca. Itu lumrah sebahagian manusia. Begitulah keadaannya resam dunia yang sama seperti neraka kedua.

Saya ingin menyentuh soal dunia atau mungkin juga tentang manusianya yang selalu saja lupa asal usul dirinya segala. Kenapa? Saya amat tertarik dengan kenyataan Imam Maliki yang sempat saya baca semalam yang menyatakan bahawa cinta keduniaan itulah katanya yang menjadi pokok daripada segala kesalahan dan kesusahan serta kemusnahan manusia yang nanti mengheret manusia ke neraka jahanam. Memangpun benar sebab barang siapa saja cintanya lebih kepada dunia, maka tidaklah dapat dinafikan ia bakal membawa bencana yang boleh merosakkan keadaan nyata. Cario Goldoni menjelaskan bahawa dunia ini bagaikan sebuah buku yang bagus sekali tetapi tidak ada gunanya bagi mereka yang tidak mahu membacanya. Memangpun ramai sangat di kalangan kita tidak suka membaca. Oleh itu Allah menurunkan ayat yang pertama di gua Hira iaitu ayat Iqra yang menyuruh kita membaca dan menghitung segala. Maksudnya supaya manusia ini menjadi manusia yang bermaklumat.
Kenyataan Taragali yang menjelaskan bahawa dunia ini tidak lebih daripada sebuah jambatan bunga emas yang penuh berisi kalajengking dan naga di mana kenyataan itu diperkuatkan pula oleh Charles G. Cotton yang menjelaskan bahawa dunia ini jangan sekali-kali dianggap sebagai sebuah rumah penginapan dan ia bukan tempat hidup kerana katanya dunia ini sebenarnya ialah sebuah rumah sakit atau bahkan sebuah tempat untuk mati.

No comments: