Pages

Sunday, April 26, 2009


Tuesday, April 21, 2009

PISANG DAN HATI


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.

Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.


"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk .
Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Hakikat Pertengkaran


Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup.

Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.


Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.


Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua menjaga hati isteri


· Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah


· Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

· Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

· Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
· Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
· Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
· Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
· Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.


· Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

· Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah
· Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

Wednesday, April 1, 2009

MAKANAN PENYEBAB BARAH

Fakta kesihatan: produk & makanan yg mengakibatkn kanserProduk Pengguna dan Makanan yang signifikanmendatangkan kanser.1. Jika anda makan satay....jangan pula lupatimunnya, sebabnya memakansatay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?(Ianya ialah suatu keadaanyang menyebabkan barah). Timun pula adalahanti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pilvitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makananni "Bah Kut Teh" (babi).Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan dagingbabi tu dan tunggu sekejap,anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar darisana.Fakta diperolehidari "Health Corporation of Singapore".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergiperiksa. Tukarlah ke jenama lain sebelumterlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium LaurethSulfate atau ringkasnya SLS. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masayang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungibahan ini ialah; xxx dan lain-lain lagi. Shampoo xxx HerbalEssence adalahsatu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadapsyarikat ini dan jawapan darimereka ialah, "Ya memang kami dah tahumasalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukanbahan yang boleh mengeluarkanbusayang banyak".Dalam pada itu, Pasta xxx &Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis meesegera (tak kiralah maggi, koayteowdsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepasmengambil mee segera sebelum mengambilpaket yang seterusnya.Maklumat yangdikongsi bersama dengan seorangdoktor.Keluarga saya telah menghentikanpengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satusama lain apabila dimasak. Telah dinyatakanterdahulu melalui SEORANGAKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).Beberapa tahun lalu, yang mana kariernyamembuatkan beliau sangat sibukuntuk memasak, jalan mudah mengambil meesegera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnyadisebabkan wax dalam meesegera.Doktor juga memberitahu yang badanmanusia memerlukan 2 hari untukmembersihkan wax dari sistem badan. Seoranglagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindahdari rumah ibunya kerumahnya sendiri,Dia tidak memasak tetapi kerap makan meesegera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segerabolehlah diistilahkan sebagai "makan untukmendapat barah" Kalau istilahJames Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawanmelawat ke sebuah perusahaan kecilmembuat bawang goreng, dan melihat terdapatbanyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yangmengejutkan ialah straw yang tidak bewarnadicampur bersama gorengan bawang yangbertujuan apabilaplastik straw tersebut dipanaskan, ianya meleburlantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedahkepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buatsendiri lembik dalammasa yang singkat sahaja.

DUNIA OH DUNIA

Dalam dunia ini bermacam-macam bentuk budaya perolahan manusianya. Ada yang kala bercakap macam ahli falsafah laksana mengalahkan Hamka atau Tagore atau Socrates, tetapi ilmunya dapat kita baca melalui ceritanya kerana nyata tak kuat membaca. Itu lumrah sebahagian manusia. Begitulah keadaannya resam dunia yang sama seperti neraka kedua.

Saya ingin menyentuh soal dunia atau mungkin juga tentang manusianya yang selalu saja lupa asal usul dirinya segala. Kenapa? Saya amat tertarik dengan kenyataan Imam Maliki yang sempat saya baca semalam yang menyatakan bahawa cinta keduniaan itulah katanya yang menjadi pokok daripada segala kesalahan dan kesusahan serta kemusnahan manusia yang nanti mengheret manusia ke neraka jahanam. Memangpun benar sebab barang siapa saja cintanya lebih kepada dunia, maka tidaklah dapat dinafikan ia bakal membawa bencana yang boleh merosakkan keadaan nyata. Cario Goldoni menjelaskan bahawa dunia ini bagaikan sebuah buku yang bagus sekali tetapi tidak ada gunanya bagi mereka yang tidak mahu membacanya. Memangpun ramai sangat di kalangan kita tidak suka membaca. Oleh itu Allah menurunkan ayat yang pertama di gua Hira iaitu ayat Iqra yang menyuruh kita membaca dan menghitung segala. Maksudnya supaya manusia ini menjadi manusia yang bermaklumat.
Kenyataan Taragali yang menjelaskan bahawa dunia ini tidak lebih daripada sebuah jambatan bunga emas yang penuh berisi kalajengking dan naga di mana kenyataan itu diperkuatkan pula oleh Charles G. Cotton yang menjelaskan bahawa dunia ini jangan sekali-kali dianggap sebagai sebuah rumah penginapan dan ia bukan tempat hidup kerana katanya dunia ini sebenarnya ialah sebuah rumah sakit atau bahkan sebuah tempat untuk mati.

OPOCOTTTTT!!!