Pages

Thursday, September 24, 2009

Diet cara Rasullullah



Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan semua?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... cubalaa..... ......... ......... ......... .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

Wednesday, September 23, 2009

Sunday, June 7, 2009

Thursday, June 4, 2009

dimana kelebihan lelaki dan wanita...

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murnirohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan YangAda pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padakekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Friday, May 29, 2009

pak cik kedahh

Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Jenan. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Adala police road block ...
Polis : "P" mana pakcik? Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik? Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih).
Pak Cik, "P" mana? Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah). Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu ... __._,_.___

Sunday, April 26, 2009

Tuesday, April 21, 2009

PISANG DAN HATI


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.

Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.


"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk .
Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Hakikat Pertengkaran


Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup.

Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.


Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.


Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua menjaga hati isteri


· Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah


· Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

· Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

· Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
· Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.
· Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.
· Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.
· Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.


· Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

· Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah
· Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

Wednesday, April 1, 2009

MAKANAN PENYEBAB BARAH

Fakta kesihatan: produk & makanan yg mengakibatkn kanserProduk Pengguna dan Makanan yang signifikanmendatangkan kanser.1. Jika anda makan satay....jangan pula lupatimunnya, sebabnya memakansatay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?(Ianya ialah suatu keadaanyang menyebabkan barah). Timun pula adalahanti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pilvitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makananni "Bah Kut Teh" (babi).Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan dagingbabi tu dan tunggu sekejap,anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar darisana.Fakta diperolehidari "Health Corporation of Singapore".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergiperiksa. Tukarlah ke jenama lain sebelumterlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium LaurethSulfate atau ringkasnya SLS. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masayang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungibahan ini ialah; xxx dan lain-lain lagi. Shampoo xxx HerbalEssence adalahsatu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadapsyarikat ini dan jawapan darimereka ialah, "Ya memang kami dah tahumasalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukanbahan yang boleh mengeluarkanbusayang banyak".Dalam pada itu, Pasta xxx &Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis meesegera (tak kiralah maggi, koayteowdsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepasmengambil mee segera sebelum mengambilpaket yang seterusnya.Maklumat yangdikongsi bersama dengan seorangdoktor.Keluarga saya telah menghentikanpengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satusama lain apabila dimasak. Telah dinyatakanterdahulu melalui SEORANGAKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).Beberapa tahun lalu, yang mana kariernyamembuatkan beliau sangat sibukuntuk memasak, jalan mudah mengambil meesegera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnyadisebabkan wax dalam meesegera.Doktor juga memberitahu yang badanmanusia memerlukan 2 hari untukmembersihkan wax dari sistem badan. Seoranglagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindahdari rumah ibunya kerumahnya sendiri,Dia tidak memasak tetapi kerap makan meesegera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segerabolehlah diistilahkan sebagai "makan untukmendapat barah" Kalau istilahJames Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawanmelawat ke sebuah perusahaan kecilmembuat bawang goreng, dan melihat terdapatbanyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yangmengejutkan ialah straw yang tidak bewarnadicampur bersama gorengan bawang yangbertujuan apabilaplastik straw tersebut dipanaskan, ianya meleburlantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedahkepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buatsendiri lembik dalammasa yang singkat sahaja.

DUNIA OH DUNIA

Dalam dunia ini bermacam-macam bentuk budaya perolahan manusianya. Ada yang kala bercakap macam ahli falsafah laksana mengalahkan Hamka atau Tagore atau Socrates, tetapi ilmunya dapat kita baca melalui ceritanya kerana nyata tak kuat membaca. Itu lumrah sebahagian manusia. Begitulah keadaannya resam dunia yang sama seperti neraka kedua.

Saya ingin menyentuh soal dunia atau mungkin juga tentang manusianya yang selalu saja lupa asal usul dirinya segala. Kenapa? Saya amat tertarik dengan kenyataan Imam Maliki yang sempat saya baca semalam yang menyatakan bahawa cinta keduniaan itulah katanya yang menjadi pokok daripada segala kesalahan dan kesusahan serta kemusnahan manusia yang nanti mengheret manusia ke neraka jahanam. Memangpun benar sebab barang siapa saja cintanya lebih kepada dunia, maka tidaklah dapat dinafikan ia bakal membawa bencana yang boleh merosakkan keadaan nyata. Cario Goldoni menjelaskan bahawa dunia ini bagaikan sebuah buku yang bagus sekali tetapi tidak ada gunanya bagi mereka yang tidak mahu membacanya. Memangpun ramai sangat di kalangan kita tidak suka membaca. Oleh itu Allah menurunkan ayat yang pertama di gua Hira iaitu ayat Iqra yang menyuruh kita membaca dan menghitung segala. Maksudnya supaya manusia ini menjadi manusia yang bermaklumat.
Kenyataan Taragali yang menjelaskan bahawa dunia ini tidak lebih daripada sebuah jambatan bunga emas yang penuh berisi kalajengking dan naga di mana kenyataan itu diperkuatkan pula oleh Charles G. Cotton yang menjelaskan bahawa dunia ini jangan sekali-kali dianggap sebagai sebuah rumah penginapan dan ia bukan tempat hidup kerana katanya dunia ini sebenarnya ialah sebuah rumah sakit atau bahkan sebuah tempat untuk mati.

OPOCOTTTTT!!!


Thursday, March 26, 2009

Isteri Solehah Perhiasan Paling Membahagiakan




SYURGA di dunia ini adalah rumah tangga yang bahagia, penuh dengan rasa sakinah, mawaddah dan rahmah. Neraka pula rumah tangga yang hancur, suami isteri saling menyalahi, curiga, tidak saling mencintai dan jauh daripada rasa sakinah mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya, dengan berkahwin, suami tidak saja mendapat seorang isteri, tetapi seluruh dunia. Rasulullah s.a.w pernah bersabda sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri solehah yang akan menjadikan rumah kita bagaikan syurga - baiti jannati.Susunan Hashim Ahmad
Sejak perkahwinan sampailah ke akhir hayat, insya-Allah, isteri akan menjadi sahabat terbaik suami.Dengannyalah suami berkongsi suka, duka, impian, harapan dan juga kecemasan. Ketika sakit, dialah yang akan merawat. Ketika memerlukan pertolongan, dia akan melakukan apa saja untuk suami.
Ketika berkongsi rahsia, dia akan menjaga rahsia itu dengan amanah. Ketika perlu nasihat, dia akan memberikan nasihat terbaik.

Dia juga akan selalu bersama suami. Ketika terbangun pada waktu pagi yang pertama suami lihat adalah isterinya. Dia selalu memikir dan berdoa untuk kebaikan suami dengan sepenuh hati dan suami ada dalam fikiran, doa dan hatinya.Ketika tidur di malam hari, perkara terakhir yang suami lihat adalah dia. Suami dunianya dan dialah dunia suami. Sebenarnya, hubungan antara suami isteri penuh dengan hal mengagumkan. Tidak mudah digambarkan dengan kata-kata betapa rasa cinta, kasih sayang, keintiman, kedamaian serta kesejukan yang mengisi hati pasangan itu.Penjelasan rasional semua itu adalah anugerah daripada Allah s.w.t dan atas kehendak-Nya. Allah mengingatkan manusia yang mencari kewujudan-Nya bahawa satu daripada tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menjadikan rasa kasih dan sayang.Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah Ar Rum: Ayat 21)Tetapi hati manusia bukan statik. Ia sangat dinamis. Perasaan dapat berubah setiap waktu. Cinta pun boleh terbang dan hilang. Ikatan perkahwinan boleh menjadi lemah apabila tidak dijaga dengan baik.Rumah tangga tidak dapat dijamin sentiasa bahagia. Perlu usaha daripada kedua pihak untuk saling memelihara rasa kasih dan sayang. Ibarat sebuah pohon, tanahnya perlu dirawat, dijaga dan dipupuk. Bagi suami, mereka hidup dalam persekitaran sibuk dan melelahkan serta dikelilingi pelbagai tanggungjawab. Ada ketikanya dia tidak dapat meluangkan waktu bersama isteri dan terpaksa bersendirian dalam kesibukan kerja dan komitmen tugas.Suami perlu pastikan keadaan itu tidak terjadi terus menerus. Cubalah sesekali luangkan waktu untuk melakukan kegiatan secara bersama dengan isteri anda.Rasulullah pernah meluangkan waktunya untuk berlumba lari dengan Aisyah r.a.Justeru, berjalanlah dengan isteri beriringan. Lakukan aktiviti bersama, mengunjungi teman bersama, berkelah bersama atau membeli-belah bersama.Selalulah menjaga kemesraan dalam perhubungan. Kehidupan moden hampir mengubah kita menjadi robot atau mesin teknologi tinggi tanpa emosi.Menunjukkan emosi dan perasaan yang dirasakan adalah perlu untuk menjaga ikatan perkahwinan daripada menjadi berkarat.Jangan meremehkan hal penting yang nampak kecil seperti memberi isteri wang perbelanjaan, memicit bahunya atau membukakan pintu kereta dan sebagainya.Ingatlah Rasulullah pernah menyediakan kakinya untuk membantu isteri naik ke atas unta. Usahakanlah untuk menyediakan waktu solat berjamaah dengan isteri. Memperkuatkan hubungan dengan Allah adalah jaminan terbaik agar perkahwinan sentiasa kukuh.Rasulullah memberi sanjungan sangat tinggi bagi pasangan bangun malam untuk solat bersama atau masing-masing membangunkan pasangan untuk solat sekalipun dengan memercikkan air di muka. Lakukan usaha terbaik untuk isteri dengan kata-kata dan perbuatan.Berbicaralah kepadanya dengan baik. Senyum dan minta nasihatnya. Mintalah pendapatnya dan luangkan waktu berkualiti dengannya dan selalu ingat Rasulullah bersabda: "Yang terbaik di antara kamu adalah yang terbaik memperlakukan isterinya." Pasangan yang berjanji untuk saling mencintai dan menghormati sampai akhir hayat adalah sangat baik. Tetapi hal ini tidak cukup. Suami harus mencintai apa yang dicintai isteri seperti keluarganya dan hal yang dia cintai harus menjadi kecintaan suami pula. Rasulullah mencintai Khadijah, isterinya menemani baginda selama 25 tahun. Baginda terus menerus mencintai Khadijah dan mengingatnya.Selepas kematian Khadijah beberapa tahun kemudian, Rasulullah tidak pernah melupakannya, bahkan sanak saudara dan teman Khadijah baginda utamakan yang kadang-kala membuat Aisyah cemburu. Cintailah isteri tidak hanya sampai dia meninggal dunia tetapi tanamkan hasrat mahu terus bersamanya di akhirat kelak, insya-Allah

Ciri-Ciri Pasangan Sejati



1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.


Anak kunci kejayaan kepada kesedaran diri positif ialah, kesanggupan untuk belajar bagaimana cara bertenang dan bagaimana untuk terus bertahan dengan seribu kesulitan dan masalah hidup seharian yang kita tempuhi. Kita rela dengan semua itu serta menganggapnya sebagai lumrah.


"Kesedaran diri yang positif ialah menyedari bahawa orang yang tidak membaca itu sama seperti orang yang tidak tahu membaca (buta huruf). Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan tidak ingin memperbaiki dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi".

"Atas nama cinta Hati ini tak mungkin terbagi Sampai nanti bila aku mati Cinta ini hanya untuk engkau Atas nama cinta kurelakan jalanku meranaAsal engkau akhirnya denganku Kubersumpah atas nama cinta"
aku wanita yang punya cinta di hatiDan dirimu dan dirinya dalam hidupkuMengapa terlambat cintamu telah termilikiSedang diriku dengan dia tak begitu cintaMengapa yang lain bisaMendua dengan mudahnyaNamun kita terbelengguDalam ikatan tanpa cintaAtas nama cintaHati ini tak mungkin terbagiSampai nanti bila aku matiCinta ini hanya untuk engkauAtas nama cinta kurelakan jalanku meranaAsal engkau akhirnya dengankuKubersumpah atas nama cintaMengapa yang lain bisaMendua dengan mudahnyaNamun kita terbelengguDalam ikatan tanpa cintaAtas nama cintaHati ini tak mungkin terbagiSampai nanti bila aku matiCinta ini hanya untuk engkauAtas nama cinta kurelakan jalanku meranaAsal engkau akhirnya dengankuKubersumpah atas nama cinta
I'm nOt fiLthy riCh buT i eaRn mOre tHan eNouGh to SatisFy my nEeds...bUt i haVe nOt bEen haPpy reCenTLy,,i rEaLized tHat sOmeThiNg is miSsinG in my Life dEspiTe all tHe LuxOriouS sTuff tHat i oWn.....somEhOw i LoSt my aBiLity to bE haPpy**-my wOrk iS caUsiNg a lOt of sTreSs and aLL i Can dO is cOmpLaiN abOuT it ! Now i uNderStand tHat liFe cOuld be haPpier iF i'm wiLLing tO taKe eVeryThinG sLow aNd EaSy,,,,
dOnT waiT fOr toMorrOw to be haPpy,evEryoNe deseRve to be haPpy toDay,i mEan~**RIGHT NOW !!!**~
itS nOt tHat i didnT knOw or nEver hEard aBouT tHiS siMpLe ruLe beForE........its JusT tHat somEhOw i ForgoT abOut it !i"ve bEen sPendinG toO mUch timE inDulgiNg in tHis maTeriaListiC wOrLd........im pErky aNd i'm QuirKy...goOd to kNow tHat !

MAHA PENCIPTA


Allah Maha Pencipta Yang menjadikan kita berpasang-pasangan. untuk kita saling mengnali antara satu sama lain, walaupun jauh di hulu kala namun tetap di pertemukan, 22.03.09 hari bersejarah buatku.. hari pertunangan ku dengan dia yang ku sayang

Tuesday, March 10, 2009

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.' Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu Sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.' Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan RACUN yang pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu" Subhanallah. ..

KISAH SI PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan... "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya... Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.

Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? Hikmat Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan ..

COMELNYER DIA