Pages

Tuesday, March 20, 2012

kisah perpustakaan


Pukul Berapa Buka?!!
Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung
talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik
menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada
kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan
menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi
untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"

Wednesday, March 14, 2012

RASA TAKUT PENGHALANG KEYAKINAN DIRI



Takut adalah penghalang besar kepada sikap yakin diri. Orang yang ada sikap yakindiri boleh hilang keyakinan dirinya simply kerana dia tiba-tiba takut pada sesuatu atau pada seseorang.
Jika cinta adalah emosi positif yang paling kuat, takut pula ada emosi negatif yang paling kuat. Apabila Anda konpiden tapi dalam masa yang sama ada rasa takut, takuttu akan lebih banyak menguasai emosi Anda.
7 jenis takut yang menghalang rasa yakin diri adalah:
1. Takut mencuba atau membuat perkara baru.
2. Takut mengambil risiko, takut mendepani risiko.
3. Takut memikirkan sesuatu yang tak pasti dan sesuatu yang belum pasti.
4. Takut dikritik.
5. Takut dikalahkan oleh pesaing.
6. Takut diketawakan, dicemuh dan diumpat-umpat.
7. Takut diherdik dan dimalukan di depan ramai orang.

Nak melawan rasa takut ni, caranya adalah membina keberanian.
Jika kita lawan rasa takut, kita akan rasa berat, payah, susah. Tapi, bila kita melawan rasa takut dengan membina keberanian lalu merelakan rasa berani menguasai fikiran kita, rasa takut akan pergi dengan sendirinya.
Kebanyakan usahawan berjaya, pelajar cemerlang dan ibu bapa cemerlang adalah mereka yang berani. Nak berjaya, kita kena berani – berani ambil risiko, berani mendepani kata-kata kurang enak ditujukan pada kita