Pages

Monday, May 30, 2011

Petua sihat cara saintifik nabi kita

Selain fizikal, mental dan rohani juga adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, insyallah untuk panjang umur.
"Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan. "

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH


Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah.

Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :

Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga stabiliti hati, kesehatan jiwa, & mental maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dsbnya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.

Apa makna cinta pada Allah?

Apa makna cinta pada Allah? Apa dia? Ia adalah perasaan apabila Anda melakukan sesuatu untuk mendapat keredhaannya, untuk mendapat perhatian Allah, untuk mendapat cintanya juga untuk mendapat rahmatnya supaya hidup Anda berkat sentiasa. Orang yang cinta pada Allah biasanya sanggup melakukan sesuatu secara percuma simply sebab dia mahu perbuatannya itu mendapat perhatian Allah.

Orang sebegini berkasih sayang kerana Allah, mencintai kekasih hatinya kerana Allah, bekerja kerana Allah, menolong orang kerana Allah, bersahabat kerana Allah, menggembirakan seseorang kerana Allah, berbakti kepada ibu bapa kerana Allah, belajar kerana Allah, berniaga kerana Allah.

Dia tidak melakukan semua itu kerana duit tapi untuk berbakti. Dia berbakti pada orang sekeliling supaya Allah kasih kepadanya. Dia menjaga hubungannya dengan Allah melalui yang fardhu, dia menjaga hubungannya dengan orang sekeliling melalui berbuat kebaikan selalu. Dia adalah seorang yang baik di hati, di perbuatan, di dalam kata-kata dan di dalam fikirannya.

Cinta pada Allah tidak hanya dengan duduk di dalam masjid, banyak membaca Al-Quran, berzikir, berpuasa, menunaikan umrah, beriktikaf atau bersembahyang sunat. Semua itu hanya luaran. Allah hanya akan memandang HATI Anda.

KASIHNYA IBU,

Imbau semula ingatan kita pada zaman kanak-kanak dahulu. Masihkah kita ingat lagi ketika merajuk, ibu datang memujuk, apabila terjatuh ketika bermain ibu berkejar mendapatkan kita dan apabila menerima berita gembira ibu orang pertama kita beritahu.

Pendek kata, semua kemahuan kita ibu tidak pernah hampakan. Namun, hati mana tidak tersentuh apabila menyaksikan terdapat banyak kes penderhakaan terhadap ibu.

Ada sanggup melawan dan menengking ibu, lari dari rumah kerana bosan mendengar nasihat ibu, membiarkan ibu berseorangan, tidak bertanya khabar ibu di kampung malah ada sanggup memukul ibu hanya kerana perselisihan kecil.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali." (Surah al-Lukman ayat 14). Hanya Allah mampu membalas bakti dan jasa ibu kepada anaknya. Ibu tidak pernah mengeluh atau kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak tersayang.

Justeru, kita dilarang menderhaka kepada ibu, mengecilkan hati, melawan atau mengherdik.

Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu dosa besar dan anak tidak akan mencium bau syurga meskipun mereka melakukan amal ibadat lain.

Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang. Ketika kita sakit atau demam, ibu baring di sebelah kita untuk memastikan kita selesa.

Bukan menidakkan peranan ayah, namun ibu adalah segala-galanya. Yang sedihnya, selepas dewasa dan berdikari, kita tergamak melukakan hati ibu.

Justeru, jika anda masih mempunyai ibu, gunakan kesempatan ini untuk membelai, menjaga dan menziarahi di kampung kerana ia adalah amalan mulia.

Sepatutnya, anak tiada alasan tidak menziarahi atau menghubungi ibu apatah lagi dengan kemodenan teknologi maklumat.

Terdapat kisah pada zaman nabi apabila ada seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai baginda berjihad.
Baginda menjawab bukan seperti, "Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?", "Adakah kamu bijak bermain pedang", "Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?"

Tetapi baginda bertanya kepada lelaki berkenaan "Adakah kamu masih mempunyai ibu dan bapa?" Kemudian lelaki itu menjawab: "Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai seorang ibu di rumah"

Baginda berkata "Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya? Lelaki berkenaan menjawab: "Semestinya dia memerlukan saya".

Baginda menasihatinya: "Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana sekiranya kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang kamu akan terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah".

Jangan pula apabila sudah berkeluarga atau tiada dalam tanggungan keluarga kita semakin menyisihkan ibu.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Badli Shah Alauddin, berkata martabat ibu kedua tertinggi selepas mentaati Allah.

Perkara ini berdasarkan 'tartibul kalimat' iaitu susunan keutamaan seperti ditegaskan Allah menerusi beberapa firman-Nya sebagai contoh dalam Surah al-Israa' ayat 23 yang bermaksud: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Antara ibu dan bapa pastilah ibu memiliki martabat tertinggi jika merujuk kepada Sahih Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan pernah Muawiyah bin Haidah al-Qusairi bertanya kepada Rasulullah siapakah yang wajib ditaati? Jawab Rasulullah: "Ibumu." Tiga kali Nabi ditanya dan itulah juga jawapan yang sama diberikan. Yang terakhir barulah baginda menyatakan: "Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."

"Bahkan ulama menyatakan, ada tiga jenis perintah Allah yang berangkai dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain iaitu yang pertamanya mendirikan solat dan mengeluarkan zakat; kedua, taat kepada Allah dan taat kepada Rasulullah dan ketiganya bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada ibu bapa.

"Ketiga-tiga perintah ini mesti serangkai dan Allah tidak akan menerima yang satu tanpa gandingannya," katanya.

Beliau berkata ibu mendapat martabat yang tinggi adalah kerana peranan terbesar mereka mengandungkan kita dan ia tidak mampu dipikul mana-mana lelaki.


Sambutan Hari Ibu belum cukup untuk membalas jasa ibu selama ini.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah berkenaan seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.

Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini dapat membalas jasa bakti ibuku? Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.

"Namun, usaha adik-beradik untuk sama-sama meluangkan masa balik kampung dan berkumpul kemudian mengadakan majlis makan bersama meraikan ibu tercinta boleh menjadi permulaan kepada satu usaha yang baik.

"Kegembiraan ibu melihat anak pulang berkumpul itu saja sudah menjadi satu ibadah," katanya.

Badli Shah berkata menjadi dosa besar kepada anak yang menderhaka terhadap ibu bapa.

"Dalam al-Adab al-Mufrad ada mencatatkan sembilan jenis dosa besar yang dimurkai Allah dan antaranya menghina ibu bapa dan (menyebabkan) ibu bapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).

"Allah mewajibkan anak memuliakan serta menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada ibu bapa," katanya.

Selain itu, beliau berkata dalam sebuah lagi hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)."

"Justeru, berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih hidup. Jangan apabila mereka sudah meninggal dunia, barulah kita mahu membina batu nisan terbaik atau mencetak surah Yasin khas untuk tahlil ke atas mereka," katanya.