Pages

Wednesday, November 3, 2010

KERANA KITA WANITA


kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Sunday, October 31, 2010



PESANAN IMAM SYAFIEE

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

  • Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Jadilah orang dermawan sebab orang yang dermawan hatinya akan selalu lapang dan jiwanya luas. Sedangkan orang yang kedekut, hatinya pengap dan nuraninya kotor

Thursday, August 12, 2010

my love jannatul adni


mama willy2 love you my dear.. be a good person and a good doughter to your parent and communities.. never and dont ever you do a mistakes..

Saturday, July 31, 2010

NUR JANNATUL ADNI


NUR JANNATUL ADNI di beri setelah di tukar beberapa kali. tali pusat luruh pada 19 julai, abah balik baru luruh

10-07-10


pada hari selasa 6/7/01 doktor mengarahkan untuk masuk ke hospital kerana kedudukan anak unstabil lie iaitu kedudukan anak yang berubah-rubah, kejap keatas dan kejap kebawah.. pg daftar pukul 12 pukul 3 baru tiba giliran,, setelah di chek pukul 7 baru masuk wad. masuk wad 9. doktor beri 3 hari untuk melihat kedudukan anak, jika tak ada apa2 boleh segera bersalin. setelah 3 hari doktor nak masukkan ubat untuk menyegerakan bersalin, abah tak nak datang saign, namun setelah pujuk pada pagi jumaat abah datang buat suprise, kata nak datang ari sabtu tapi dia datang ari jumaat. setelah diberi penerangan oleh doktor, pada pukul 9 pagi doktor masuk ubat pukul 4 ptg doktor chek dah terbuka 3 inci.. tapi tak rasa sakit apa lgi. ptg tu mak datang melawat bawa bihun sup, belum sempat nak menjamah tiba2 datang sakit yang amat sangat,, nurse segera bawa masuk ke dewan bersalin. masuk dewan bersalin doktor pecahkan air ketumban, tunggu sampai pukul 12 baru terbuka 6inci.. aduh seeksanya.. sakit hanya Allah yang tahu.. tiba2 doktor datang chek dan kata boleh dah bersalin dari pukul 1 bertungkus lumus meneran akhirnya pada pukul 2.26 telah lahir.. Alhamdulillah... semua dah selamat..

Sunday, July 4, 2010

Wahai anakku



Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk,

janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging...........


Abadikan segenggam harapan, secebis ketekunan, seteguk pengorbanan.....

semadikan di dalam hati sebagai garisan hidup ini......


Kesucian diri itu seperti air batu.....

sekali ia hancur segalanya akan berakhir................


Kejujuran dan kejelitaan itu tidak bertakhta pada paras rupa yang seindah bulan.....

tetapi pada hati yang beriman...................


Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah..........

makin dekat ianya datang menghampiri kita.......


Jika kamu cintakan kepada bunga, bunga itu akan layu......

jika kamu cintakan kepada manusia, manusia itu akan mati.......

Oleh itu, cintailah Allah kerana ia kekal abadi...............


Senyuman itu adalah madu bagi diri seseorang........

oleh itu ukirlah senyumanmu pada yang memerlukan....................


Kawan ibarat pasir-pasir di pantai................

kawan yang setia ibarat mutiara pasir di pantai.............


Jangan dikenang peristiwa sedih tetapi kenangilah pengalaman manis kerana ia boleh membuatkan kita semakin ceria dan sentiasa gembira..................


Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang...........

jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun..............


Janganlah terlampau banyak ketawa.....

kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan kehilangan serinya......


Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti.....

Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya.............


Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit............

dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..............


Tidak ada seorang pun yang pernah menemui harga sebuah kehidupan..........

tetapi apa yang penting ialah kita harus membuatkan kehidupan itu berharga................


Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata......

tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang

kita tanggungi akibat limpahan air mata itu..............


Hidup yang tiada pegangan umpama buih-buih sabun...........

bila-bila masa ia akan pecah.............


Basahilah wajahmu dengan air sembahyang...........

dan jangan sekali-kali wajah ayumu digenangi dengan airmata kecewa kerana cinta.................


Janganlah bercinta dengan orang yang kita cinta........

tetapi bercintalah dengan orang yang mencintai kita...........

kerana itu akan membuatkan kita lebih bahagia.........


Kecantikan itu sering membuatkan kita jatuh cinta......

tetapi tidak semua kecantikan itu dapat membahagiakan hidup kita........


Kawan untuk bergembira mudah untuk dicari.........

tetapi kawan untuk menangis, itulah yang sukar ditemui...........


Sayangilah insan yang merindui dan menyayangi dirimu........


Hidup ini ibarat lampu dinding yang dinyalakan di malam hari...........

apabila minyak sudah kering, ia akan terpadam sendiri..................


Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah............

tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi................


Ada orang anggap kita lemah....

ada pula yang menganggap kita lebih kuat daripadanya.....

Tapi sekiranya kita mengaku yang kita lebih kuat daripadanya,

maka di situlah kelemahan diri kita....


Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....

ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan.............

dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan

manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan...............